Ingin mencuba kelainan menginap di Kundasang? Mari menginap di Hidden Hill Homestay, Kundasang. Homestay ini viral kerana dekorasi luaran dan dalamannya berkonsepkan senibina Jepun.
Yang menariknya, pengunjung boleh menyewa baju tradisional Jepun (Yukata) dan pakaian cosplay. Pada masa ini, harga sewaan ialah RM18.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak – kanak. Pedang Samurai pun ada disediakan sebagai prop.
Persekitaran homestay ini juga cantik dan sesuai untuk sesi bergambar. Anda boleh kunjungi Facebook mereka di Hidden Hill Homestay Kundasang untuk melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh pelanggan. Homestay ini juga mempunyai pemandangan menghadap gunung Kinabalu. Ada cafe di homestay ini yang beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Lokasi Hidden Hill Homestay
Lokasi homestay ini terletak lebih kurang 200 meter selepas simpang Perkasa Hotel. Lebih mudah, boleh rujuk Google Map di bawah.
Hubungi Hidden Hill Homestay, Kundasang
Alamat | Kg. Dodon Kasigau, Kundasang (Berdekatan Perkasa Hotel dan Kem Bina Negara Kundasang) |
Emel | hiddenhillkundasang@gmail.com |
Laman Facebook | Hidden Hill Kundasang Homestay |
Kredit gambar : Agoda.com
Leave a Reply